AKTIVIS JK SUKARELAWAN HARMONI DI EDUCATIONAL TRIP STREETNGAJI

AKTIVIS JK SUKARELAWAN HARMONI DI EDUCATIONAL TRIP STREETNGAJI

Pada 25 Ogos 2019 bersamaan hari Ahad telah berlangsung program Educational Trip 2019 untuk kanak-kanak chowkit, Streetngaji KL yang bertempat di G2G Animal Garden, MAEPS Serdang.

Program lawatan sambil belajar ini bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan tidak formal kepada kanak-kanak Streetngaji tentang haiwan dan habitat yang mereka hidup di dalamnya, di samping peluang mempelajari cara membuat aiskrim dan menunggang kuda.

Diketuai oleh saudari Dayana Zawani daripada aktivis Harmoni IIUM, program ini berjaya mengumpulkan 17 sukarelawan daripada Harmoni cawangan Gombak, Pantai Dalam, dan sukarelawan lain daripada latar belakang pengajian dan umur yang berbeza.

Belia Harmoni melihat platform seperti ini amat signifikan untuk dimanfaatkan oleh para aktivis dalam usaha mereka mendekati dan mengislah masyarakat terutama kepada anak-anak kecil yang bakal menjadi pewaris mereka nanti.

Semoga pengalaman hari ini memberikan pengalaman dan pengajaran yang baik untuk anak-anak Streetngaji dan para sukarelawan yang terlibat.

 

 

AKHLAK | KHIDMAT | UKHUWAH

#BeliaHarmoni
#UniversitiBaharu

Leave a Reply

Your email address will not be published.