KEMPEN NEGARA KITA

KEMPEN NEGARA KITA

Ini negara kita. Bukan sekadar negara Tun Mahathir, bukan juga Pakatan Harapan, dan bukan pula pembangkang.
Perpaduan, keharmonian, kemajuan, semuanya bermula daripada individu, unit terkecil dalam sesebuah masyarakat. Apabila rakyat sudah beriltizam untuk mencapai sesuatu cita, tiada retorik kerajaan mahupun bantahan pembangkang yang boleh menghentikan kita.
Menyedari bahawa kuasa sebenar dalam sesebuah negara terletak pada kita, Persatuan Belia Harmoni Malaysia melancarkan “Kempen Negara Kita” untuk menyedarkan kita akan tanggungjawab kita terhadap negara. Kempen ini dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

         

#NegaraKita
#BeliaHarmoni

Leave a Reply

Your email address will not be published.