Pengenalan

Persatuan Belia Harmoni Malaysia adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia (Registrar of Youth), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang menumpukan usaha ke arah pembangunan mahasiswa secara menyeluruh.
icon

VISI

Masyarakat Kampus Harmoni Dengan Sistem Islam

icon

MISI

1. Memperkasakan pembangunan mahasiswa dalam mengarus- perdanakan fikrah islam di kampus.

2. Melahirkan tokoh pemimpin yang kompeten dan berintegriti dalam kalangan mahasiswa.

3. Melahirkan mahasiswa yang prihatin dan aktif dalam khidmat masyarakat dan kemanusiaan sejagat.

4. Menggembleng kekuatan mahasiswa melalui permuafakatan dan kerjasama yang strategik.

5. Menjadi jurubicara dalam menyuarakan pandangan mahasiswa.

icon

SOSOK

1. Belia HARMONI mendukung perjuangan Islam yang syumul berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

2. Belia HARMONI meletakkan Pembangunan Ahli secara tersusun dan berterusan sebagai tunjang utama.

3. Pergerakan Belia HARMONI adalah bermotifkan pembaikan masyarakat kampus melalui permuafakatan dan pemberdayaan yang berterusan.

4. Belia HARMONI komited memperjuangkan isu mahasiswa, pendidikan, sosial, kebajikan dan kemanusiaan.

5. Belia HARMONI mengutamakan akhlak dan keharmonian dalam memastikan hubungan yang baik antara semua pihak.

6. Belia HARMONI bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana badan dalam atau luar kampus selagi mana objektifnya selari dengan pendekatan dan prinsip yang dipegang.

7. Belia HARMONI berpendirian politik kampus adalah satu ruang yang diiktiraf dan wajar dimanfaatkan bagi mendidik budaya kepimpinan serta demokrasi dalam masyarakat kampus.

8. Belia HARMONI mengamalkan syura, urus tadbir yang baik, dan berintegriti.

Muat turun lirik lagu rasmi Persatuan Belia Harmoni Malaysia

GAGASAN KAMPUS HARMONI
icon

Gaya Hidup Warga Kampus yang Sihat, Mesra dan Berakhlak

icon

Warga Kampus Bebas Bersuara dan diiktiraf

icon

Pentadbiran Kampus yang Cekap dan Berintegriti

icon

Pengamalan Budaya Politik Nilai dalam Pilihanraya Kampus

icon

Penyuburan Budaya Ilmu dan Intelektualisme

icon

Penghasilan Mahasiswa Berkualiti, Berkepimpinan dan Berdaya Saing

icon

Kampus Selamat, Berkebajikan dan Mesra Mahasiswa

icon

Peranan Kampus dalam isu-isu Masyarakat, Negara dan Antarabangsa diiktiraf

CARTA ORGANISASI
cartaorganisasi
PUSAT BELIA HARMONI MALAYSIA
No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel : +603-8945 6999
Fax : +603-8945 1772
Email: info@ikram.org.my
TENTANG BELIA HARMONI MALAYSIA
Sebuah persatuan mahasiswa Islam yang berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia (Registrar of Youth), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang menumpukan usaha ke arah pembangunan mahasiswa secara menyeluruh.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Belia Harmoni